Hot hipster Comfyzone

Zawari (kanan) bersama isterinya bergambar bersama pelanggannya.
Zawari (kanan) bersama isterinya bergambar bersama pelanggannya.
A
A
A

PUNCAK ALAM -Pelanggan sampai ‘mengamuk’ gara-gara tidak dapat tempat duduk bagi menikmati hidangan menu hot hipster moden yang disediakan pasangan suami isteri ini.

Limpahan pengunjung yang datang memenuhi setiap ruang makan café tepi lot kedai itu terutamanya ketika berbuka puasa setahun lalu benar-benar membakar hati pengunjung sehingga mereka sanggup bawa tikar sendiri untuk makan di sana.

Begitulah sambutan luar biasa terhadap Café Comfyzone yang sebelum ini dikenali dengan jenama Harmonyzone yang beroperasi hampir dua tahun bersebelahan pasaraya Tesco Puncak Alam.

Pemiliknya, Zawari Yahya Udni, 40, bersama isterinya, Suhaila Ismail, 40, berkata insiden berbuka puasa setahun lalu memberi kesan kepada cafenya sehinggakan mereka merancang untuk menyediakan menu baharu menjelang Ramadan nanti.

“Saya memang tak boleh lupa kejadian itu sebab pelanggan yang datang ‘mengamuk’ tak dapat kerusi sebab ramai sangat sampai nak bentang tikar sendiri untuk makan di sini.

“Jadi kami rancang nak tambah menu tambahan seperti daging singgang air asam dan kambing bakar dengan resepi tersendiri selain buka gerai roti john dan murtabak menjelang Ramadan nanti.

“Tak sangka luar biasa sungguh sambutan dengan hanya promosi mulut ke mulut sehingga dapat masuk MHI, Utusan Malaysia, rancangan Jalan-Jalan Cari Makan dan majalah tempatan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Lamb Shank Steak.
Lamb Shank Steak.

Anak jati Selama, Perak itu percaya resepi masakan Asia barat yang diolah mengikut citarasa orang Melayu menjadi tarikan unik pelanggan selain tawaran harga yang cukup berbaloi.

Bagi kepuasan kepada pelanggan

“Memang prinsip saya nak bagi pelanggan makan dengan puas dengan limpahan lauk yang banyak penuh satu pinggan dan ada pelanggan mengadu ‘portion’ yang disediakan terlalu banyak.

“Tapi itulah niat saya nak bagi pelanggan puas hati dengan menu yang unik lain dari lain. Ada lebih 20 menu pasta dan hampir 30 pelbagai jenis perisa air dengan saiz besar dengan harga serendah RM4.50 sehingga RM55 sahaja.“Lebih menarik, mee daging dan lamb shank steak yang unik menjadi ‘signature’ kafe ini kerana permintaan untuk menu ini cukup luar biasa. Apa yang lainnya? Kena cuba rasa sendiri,” katanya berseloroh.

Menu bertingkat yang dinamakan Tower Independent Snack turut menjadikan café ini cukup istimewa apabila ada 10 jenis makanan daripada pencuci mulut sehinggalah menu utama untuk seisi keluarga.

Ditambah dengan menara air yang menjulang tinggi cukup menghilangkan kehausan enam pengunjung dalam satu masa dengan pilihan menu air yang paling diminati seperti ‘thai tea’ dan ‘green tea’ yang sememangnya ori.

Set daging singgang air asam juga menu baharu yang menjadi taruhan.
Set daging singgang air asam juga menu baharu yang menjadi taruhan.

Tak perlu nak ke Thailand untuk menikmati minuman ini kerana Comfyzone ada semuanya.

“Kami memang pentingkan kualiti makanan dengan penyediaan bahan segar dan ambil lepasan ijazah atau diploma dalam bidang kulinari kerana mereka ada asas dalam bidang masakan dan tahu prosedur operasi standard (SOP) dapur dan pekerja semuanya beragama Islam dan kebersihan paling diutamakan dalam penyediaan makanan.

“Boleh ‘follow’ Facebook kami Comfy Zone dan instagram comfyzonehq untuk sebarang tempahan terutamanya menjelang Ramadan nanti,” katanya.