Syarikat penerbangan domestik diberi amaran tak ambil kesempatan

Ismail Sabri (kiri) merasmikan MG Coopmart-KopBera dan Program Jualan Murah Semarak Ramadan Keluarga Malaysia Parlimen Bera sambil diperhatikan, Menteri Koperasi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP),Tan Sri Noh Omar di Bera pada Ahad.
Ismail Sabri (kiri) merasmikan MG Coopmart-KopBera dan Program Jualan Murah Semarak Ramadan Keluarga Malaysia Parlimen Bera sambil diperhatikan, Menteri Koperasi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP),Tan Sri Noh Omar di Bera pada Ahad.
A
A
A

BERA - Pengendali syarikat penerbangan domestik diberi amaran supaya tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan kadar tambang tiket dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak pada musim perayaan Aidilfitri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekiranya terdapat kenaikan harga tambang penerbangan, tindakan boleh dikenakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011

"Saya telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) (Datuk Seri Alexander Nanta Linggi) untuk segera melihat perkara itu (kenaikan harga).

Kementerian perlu tegas dan tidak kira sama ada ia melibatkan syarikat besar atau kecil (syarikat penerbangan atau pengendali).

"Tindakan tegas juga perlu diambil untuk menjaga kepentingan rakyat.

Kita tidak boleh membiarkan perniagaan mengambil kesempatan dengan memberi tekanan kepada rakyat pada bulan puasa dan musim perayaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian MG Coopmart-KopBera dan Program Jualan Murah Semarak Ramadan Keluarga Malaysia Parlimen Bera di Bera pada Ahad.

Sebelum ini, laporan akhbar mendedahkan pemantauan terhadap laman web syarikat penerbangan komersial baru-baru ini menyaksikan tambang penerbangan melonjak sehingga RM2,000 bagi penerbangan pergi dan balik.

Artikel Berkaitan:

Ia meningkat sekitar 566 peratus, menjelang tempoh perayaan Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 29 April hingga 8 Mei.

Dalam pada itu, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera memaklumkan sudah berbincang dengan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong untuk bertemu pengendali syarikat penerbangan bagi mengurangkan harga tiket.

"Saya difahamkan menteri telah berjumpa dengan pengusaha untuk mengkaji langkah-langkah untuk melihat kemungkinan mengurangkan harga tiket yang melampau," katanya.