Menang RM7,000 kail ikan pari 20.9kg

Aznil (hadapan) memegang ikan pari seberat 20.9kg yang membawa kepada kemenangannya.
Aznil (hadapan) memegang ikan pari seberat 20.9kg yang membawa kepada kemenangannya.
A
A
A

KUANTAN – Ikan pari seberat 20.9 kilogram berjaya ditangkap pengail dalam pertandingan memancing di pesisiran pantai Laut China Selatan Kuala Pahang, Pekan di sini, hari ini.

Aznil A Bakar, 29, berkata, beliau tidak menyangka percubaan pertamanya menyertai pertandingan memancing anjuran Dee Neram Event Management (DNEM) dan NZ Usaha sama & Service (NZUSS) itu membuahkan hasil.

“Rasa berbaloi datang jauh dari Kemaman, Terengganu untuk pertandingan bermodalkan cuma RM60 satu joran ini, kemudian dapat bawa balik RM7,000 wang tunai. Di samping seekor ikan pari bersaiz besar.

“Selepas terima hadiah kemenangan, saya turut melapah ikan pari untuk disedekahkan kepada orang ramai,” katanya teruja.

Selain Aznil, Zamidi Zakaria, 45, dan Joe Kempadang, 54, masing-masing beroleh kemenangan di tempat kedua dan ketiga.

Zamidi, yang datang dari Segamat, Johor, berkata, tujuan kedatangannya semata-mata bagi pertandingan itu.

“Alhamdulillah. Jauh datang tak sia-sia dengan kemenangan wang tunai RM2,000 atas kejayaan menaikkan pari seberat 2.6 kilogram.

“Saya bergerak malam tadi dari Johor. Sampai Kuantan lebih kurang jam 7 pagi dan terus berada di sini untuk pertandingan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Pemenang ketiga berjaya menaikkan ikan todak seberat 1.5 kilogram dan menerima tunai RM700 manakala peserta keempat memenangi tunai RM300.

Dalam pertandingan disertai 93 pengail dengan 300 joran itu, pemenang ke 5 hingga 35 menerima tunai RM200 seorang; berjaya menaikkan ikan anggaran berat serendah 180 hingga 575 gram.