Kes Covid-19 di Selangor melonjak lebih 6,000

Hantaran JKNS di Facebook pada Ahad.
Hantaran JKNS di Facebook pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Jumlah kes Covid-19 di Selangor kembali meningkat kepada 6,568 kes setakat jam 11.59 malam pada Sabtu berbanding 6,184 kes pada Jumaat.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menerusi satu hantaran di Facebook pada Ahad melaporkan jumlah berkenaan meliputi 6,561 kes komuniti, empat kes penjara dan tiga kes Import A.

Menurut hantaran tersebut, mukim Petaling menyumbang jumlah kes Covid-19 tertinggi di Selangor iaitu sebanyak 2,374 kes.

"Di mukim ini, daerah Petaling mencatatkan kes Covid-19 tertinggi iaitu sebanyak 1,251 kes, diikuti dengan Damansara (615); Sungai Buloh (336); Bukit Raja (171) termasuk satu kes import," katanya pada Ahad.

Dalam pada itu, JKNS turut memaklumkan mukim yang mencatatkan kes Covid-19 kedua tertinggi di Selangor ialah Hulu Langat iaitu sebanyak 1,008 kes, diikuti dengan Gombak (978); Kuala Langat (918) dan Klang (744).

Selain itu, mukim lain terus mencatatkan kes Covid-19 di bawah 300 kes iaitu Sepang sebanyak 238 kes, diikuti dengan Hulu Selangor (185), Kuala Selangor (91) dan Sabak Bernam (37).

Artikel Berkaitan: