Enam maut, 29 hilang bot terbalik di pantai Libya

Enam mayat dijumpai manakala 29 yang lain masih hilang selepas bot kayu membawa 35 pendatang asing tanpa izin terbalik di perairan pantai barat Libya pada Sabtu. - Gambar hiasan
Enam mayat dijumpai manakala 29 yang lain masih hilang selepas bot kayu membawa 35 pendatang asing tanpa izin terbalik di perairan pantai barat Libya pada Sabtu. - Gambar hiasan
A
A
A

TRIPOLI - Enam mayat berjaya dijumpai, manakala 29 yang lain masih hilang selepas bot kayu membawa 35 pendatang asing tanpa izin terbalik di perairan pantai barat Libya pada Sabtu, lapor agensi berita Xinhua.

"Mangsa yang hilang 'dianggap terkorban' dalam insiden pada Sabtu, manakala sejumlah 53 pendatang asing dilaporkan maut atau hilang pada minggu lalu.

"Nyawa manusia tiada ganti. Usaha mencari dan menyelamat serta mekanisme pendaratan yang selamat diperlukan segera bagi mengelakkan kematian dan penderitaan pada masa depan," menurut Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM).

Krisis dan huru hara tercetus selepas kejatuhan pemimpinnya Muammar Gaddafi pada 2011, menjadikan negara Afrika Utara itu pilihan utama pendaratan pendatang asing tanpa izin yang ingin menyeberangi Laut Mediterranean ke pantai Eropah.

Sejumlah 3,968 pendatang tanpa izin berjaya diselamatkan dan pulang ke Libya, termasuk 375 wanita dan 169 kanak-kanak pada tahun ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: