Sila log masuk terlebih dahulu.

Kerajaan ambil berat keperluan penduduk luar bandar

Mahdzir (tengah) beramah mesra dengan peniaga ayam di bazar Ramadan pada Program Semarak Kasih Ramadan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di Felda Lubuk Merbau, pada Sabtu.
Mahdzir (tengah) beramah mesra dengan peniaga ayam di bazar Ramadan pada Program Semarak Kasih Ramadan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di Felda Lubuk Merbau, pada Sabtu.
A
A
A

PADANG TERAP – Kerajaan akan terus memberi perhatian kepada keperluan penduduk khususnya di kawasan luar bandar dalam negara ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, segala aspek keperluan mereka dilihat secara keseluruhan dari pendidikan, subsidi dalam pendidikan serta kesihatan dan sebagainya.

Beliau berkata, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan memfokuskan kepada prasarana diperlukan penduduk luar bandar.

‘Kami juga memberi perhatian tentang kesejahteraan rakyat seperti baik pulih rumah. Sekiranya, kita boleh baiki rumah orang miskin, maka kita akan baiki.

“Sekiranya, penduduk tidak ada rumah maka kita akan bina rumah baharu untuk penduduk miskin. Itu antara yang dilakukan kita,” katanya.

Beliau berkata sedemikian kepada pemberita selepas Program Semarak Kasih Ramadan di Masjid Al-Barakah, Felda Lubuk Merbau, di sini, pada Sabtu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Terap memberitahu, kebanyakan kediaman di parlimen berkenaan dibaik pulih untuk golongan berkenaan.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, kerajaan sentiasa mencari jalan untuk membantu pengusaha tanaman getah di negara ini.

Artikel Berkaitan:

"Terdapat dua jenis tanaman dalam kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) iaitu kelapa sawit di kawasan Selatan dan getah di Utara Semenanjung Malaysia.

‘Kelapa sawit tidak ada isu, manakala getah berada di paras bawah RM4 sekilogram. Cuma isunya sekarang adalah bagaimana kerajaan hendak pertimbangkan pendapatan dengan harga barang yang ada sekarang,” katanya.

Beliau memberitahu, hal ini disebabkan isu harga barang dibincang setiap minggu adalah berkaitan subsidi dan jumlah yang perlu disubsidi.

“Jumlah itu semakin besar kalau kita tengok kepada harga barang tetapi isu ini perlu diuruskan dan macam mana hendak lakukannya sebab banyak benda telah subsidi.

"Bagaimanapun, lebih penting adalah menjamin masyarakat luar bandar termasuklah Felda mendapat bekalan yang cukup,” katanya.