KPKT peruntuk RM4.3 juta untuk PBT di Kedah

Zuraida (depan, kiri) dan Kok Yew (depan, tengah) bergambar bersama sebahagian Datuk Bandar dan Yang Dipertua PBT di Kedah.
Zuraida (depan, kiri) dan Kok Yew (depan, tengah) bergambar bersama sebahagian Datuk Bandar dan Yang Dipertua PBT di Kedah.
A
A
A

ALOR SETAR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan peruntukan sebanyak RM4.3 juta untuk PBT di Kedah.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, kira-kira RM3.3 juta peruntukan diberikan kepada daerah Langkawi, manakala RM1 juta lagi diberi kepada Kulim.

Zuraida berkata, Langkawi menerima peruntukan berkenaan untuk pelbagai tujuan termasuklah pengindahan dan pencahayaan lampu.

"Bagi tujuan itu, sebanyak RM2.8 juta diberikan untuk pencahayaan lampu bersempena dengan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA'19).

"Manakala, RM500,000 untuk memastikan kebersihan di daerah sama," katanya dalam sidang media selepas perjumpaan dengan Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan Kedah serta Datuk Bandar/Yang Dipertua PBT di TH Hotel, di sini, semalam.

Turut hadir, Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Tan Kok Yew.

Menurut beliau, selebihnya, peruntukan lagi diberikan kepada Kulim untuk pembinaan perangkap sampah di sistem perparitan dan surau, tandas, dan medan selera di stesen bas di Kulim.

Zuraida berkata, pihaknya berharap peruntukan berkenaan dapat membantu dan memberi manfaat, sekali gus memberi keselesaan kepada penduduk tempatan.

Artikel Berkaitan: