MILO Challenger Cup pentas pemain cilik pamer bakat

Pemain cilik dari Akademi Sukan JSA turut akan beraksi dalam edisi sulung MILO Challenger Cup yang akan berlangsung Mei depan.
Pemain cilik dari Akademi Sukan JSA turut akan beraksi dalam edisi sulung MILO Challenger Cup yang akan berlangsung Mei depan.
A
A
A

MILO telah mengumumkan jalinan kerjasama dengan Akademi Sukan JSA bagi memacu program bola sepak akar umbi dengan menganjurkan saingan Liga Juara-Juara Remaja MILO dan MILO Challenger Cup.

Lebih daripada 100 akademi bola sepak dari seluruh negara bakal berentap bagi melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Remaja MILO yang dijadualkan berlangsung pada Julai dan September depan.

Sebelum itu, setiap pasukan perlu mengharungi pusingan kelayakan yang diberi nama sebagai MILO Challenger Cup di Arena JSA - sebuah fasiliti sukan dan F&B terkemuka yang terletak di Setia Alam, Shah Alam bermula dari 14 hingga 16 Mei depan.

Kejohanan edisi sulung itu dibahagikan kepada lima peringkat umur iaitu Bawah-8, Bawah-10, Bawah-12, Bawah-14, dan Bawah-17 manakala 12 pasukan terbaik bagi setiap kategori akan beraksi di kejohanan Liga Juara-Juara Remaja Milo.

Pengurus Pemasaran Sukan MILO, Kerwin Lim percaya bahawa MILO Challenger Cup akan memberi impak yang besar terhadap pembangunan bola sepak negara khususnya di peringkat akar umbi.

“Tujuan penganjuran MILO Challenger Cup ialah untuk menyediakan pentas dan ruang buat para pemain cilik beraksi secara kompetitif dan secara tidak langsung memacu pembangunan sukan nombor satu negara dari peringkat akar umbi.

“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Akademi Sukan JSA kali ini di dalam menganjurkan kejohanan MILO Challenger Cup buat julung-julung kalinya tahun ini.

“MILO juga sedar bahawa ibu bapa sentiasa menekankan soal pembelajaran untuk anak-anak mereka, tetapi kami rasa ianya juga penting untuk mereka belajar dan merasai sendiri nilai-nilai di dalam bersukan yang ada untuk mereka semai dari bangku sekolah,” ujar Kerwin.

Artikel Berkaitan:

Memasuki tahun keempat sejak ditubuhkan, Pemilik Bersama Akademi Sukan JSA, Steven Lim amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan MILO bagi penganjuran edisi sulung MILO Challenger Cup.

“Ini bagaikan mimpi buat kami kerana dapat bekerjasama dengan sebuah jenama yang dikenali sangat mengutamakan sukan di tanah air. Bila kita bercakap tentang MILO, ia sudah semestinya mengingatkan anda dengan sukan menarik yang dianjurkan mereka.

“Jalinan kerjasama dengan MILO pasti akan membawa elemen semangat produk minuman mereka ke dalam padang dan kejohanan ini semestinya menjanjikan saingan yang menarik untuk disaksikan.

“Saya pasti ibu bapa dan anak-anak mereka tidak sabar untuk bersama merasai kemeriahan kejohanan ini di Akademi Sukan JSA kelak,” jelas Steven.

Untuk mendaftar, akademi atau pasukan boleh menghubungi talian 017-253 0985 atau mengisi borang pendaftaran di laman web https://forms.gle/WZEEDrt7QAB65XhM8 atau layari laman Facebook rasmi Akademi Sukan JSA di JSA Sports Academy.