Sila log masuk terlebih dahulu.

Kuasa tahan, tangkap PATI perkukuh tugas Tentera Darat Malaysia

Zamrose
Zamrose
A
A
A

Gerik - Tentera Darat Malaysia berharap mendapat hak kuasa memeriksa,menahan dan menangkap pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menceroboh sempadan daratan negara.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain berkata, hak kuasa itu penting bagi memastikan tugasan yang dilaksanakan pasukannya mampu menangkis sebarang cubaan pencerobohan dan penyeludupan berlaku di sempadan negara.

"Kita (Tentera Darat) telah masih di dalam proses bagi memohon kelulusan hak kuasa itu daripada Majlis Keselamatan Negara.

"Hak kuasa ini amat diperlukan di kawasan operasi seperti di sempadan Thailand dan di sempadan Kalimantan,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama pasukannya di Markas Taktikal 749 Kem Sri Banding, pada Jumaat.

Dalam majlis itu, beliau turut menyampaikan beg dan bungkusan Hari Raya Aidilfitri kepada anggota Batalion Ke-15 Rejimen Askar Melayu Diraja (15 RAMD) yang sedang melaksanakan Operasi Benteng Kota Foxtrot/Echo dan Op PAGAR III. - Bernama

Artikel Berkaitan: