Perdana Menteri berbuka puasa bersama warga Bera

Reaksi ceria adik Mohd Azrin Hafidh Saiful Azril, 2 tahun (tengah) sebaik menerima sumbangan Aidilfitri daripada Ismail Sabri sempena Program Jelajah Semarak Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa di Felda Purun, pada Sabtu. - Foto Bernama

A
A
A

BERA - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berbuka puasa bersama sebahagian warga Bera di Masjid Ubudiah, Felda Purun di sini.

Ahli Parlimen Bera itu, yang tiba di masjid tersebut pada 6.30 petang, turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 631 penerima bagi meringankan beban kewangan mereka untuk membuat persiapan hari raya.

Penerima sumbangan terdiri daripada penduduk di 10 kawasan sekitar Bera termasuk Felda Purun, Felda Kepayang, Felda Kumai, Felda Rentam, Felda Sebertak, Felda Tementi, Lubuk Tambangan dan Bandar 32.

Ismail Sabri turut menunaikan solat maghrib berjemaah di masjid itu.

Terdahulu, beliau meluangkan masa seharian di kawasan Parlimen Bera bagi menyampaikan sumbangan Yayasan Petronas kepada mereka yang memerlukan menerusi Program Jelajah Semarak Ramadan.

Secara keseluruhan, seramai 2,013 orang menerima sumbangan itu pada Sabtu manakala bakinya lebih 2,000 orang akan menerima sumbangan itu esok. - Bernama

Artikel Berkaitan: