Johor perhalusi Enakmen Anti Lompat Parti

Onn Hafiz
Onn Hafiz
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor akan memperhalusi dan melaksanakan Enakmen Anti Lompat Parti di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, perkara itu akan diperhalusi bersama Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

"Demi memastikan tidak ada lagi ahli politik yang tidak berprinsip yang mengkhianati mandat rakyat...insya-Allah saya bersama ADUN Johor akan memperhalusi dan melaksanakan antilompat parti ini di Johor,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya, pada Sabtu.

Menerusi hantaran itu, Onn Hafiz berkata, beliau menerima kunjungan Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said dan mendengar cadangan penggubalan rang undang-undang berkaitan antilompat parti di peringkat Persekutuan.

Usaha melaksanakan Enakmen Anti Lompat Parti merupakan antara inisiatif di bawah Ikhtiar Barisan Nasional Johor ketika Pilihan Raya Negeri Johor pada 12 Mac lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan: