Masjid sasaran serangan ganas di Christchurch dibuka semula

Ribuan penduduk New Zealand menyertai 'perarakan untuk cinta'.
Ribuan penduduk New Zealand menyertai 'perarakan untuk cinta'.
A
A
A

CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND. Dua masjid menjadi sasaran serangan berdarah di Christchurch yang menyaksikan sekurang-kurangnya 50 terbunuh dibuka semula pada Sabtu.

Di Masjid al-Noor, pasukan keselamatan lengkap bersenjata turut ditempatkan untuk menjaga keselamatan para jemaah.

Aden Diriye yang kehilangan anak lelakinya berusia tiga tahun dalam tragedi paling buruk dalam sejarah moden New Zealand itu kembali ke masjid tersebut bersama rakannya.

"Saya sangat gembira kerana dapat kembali semula," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, kira-kira 3,000 menyertai 'perarakan untuk cinta' di sepanjang Christchurch ketika bandar itu kini sedang pulih daripada tragedi tersebut.

Mereka turut membawa plakad tertera 'Mereka mahu membahagikan kita, dia hanya menjadikan kita lebih kuat','Orang Islam dialu-alukan, sifat perkauman tidak' dan Kia Kaha dalam bahasa Maori yang bermaksud 'tetap kuat'. - AFP

Artikel Berkaitan: