CEO Sri Pahang harap keputusan positif di Darul Makmur

FOTO: Sri Pahang FC
FOTO: Sri Pahang FC
A
A
A

KETUA Pegawai Eksekutif Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang berharap insiden yang menimpa skuad Tok Gajah dalam dua perlawanan Liga Super sebelum ini tidak akan berlaku lagi pasukan itu apabila berdepan Melaka United di Stadium Darul Makmur, Sabtu ini.

Menurut Mohammed Suffian, insiden sedemikian tidak patut berlaku dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) sambil memberitahu kejadian itu memberi kesan kepada pasukan tersebut ketika ini.

"Saya berharap insiden yang berlaku kepada pasukan Sri Pahang dalam dua perlawanan tidak akan berlaku ketika bertemu Melaka United di Kuantan.

"Sebab kalau insiden sama berulang lepas ini, ia sudah tentu akan menjejaskan prestasi pasukan bagi musim ini," katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.

Komuniti bola sepak negara sebelum ini beranggapan Sri Pahang umpama 'dirompak' lima mata berikutan mutu pengadilan yang lemah ditunjukkan pengadil dengan ketika aksi Liga Super antara Sri Pahang FC dan PJ City FC di Stadium Darul Makmur pada Sabtu.

Sebelum itu, kontroversi turut tercetus melibatkan keputusan pengadil perlawanan ketika aksi Liga Super yang menemukan Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Sri Pahang di Stadium Darul Aman pada Rabu lalu.

Kedua-dua keputusan yang dibuat oleh pengadil dalam perlawanan itu bagaimanapun telah diakui terdapat kesilapan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Dalam pada itu, Mohamed Suffian berharap supaya para pemain dapat melupakan keputusan pahit dalam dua aksi sebelum ini dengan memperagakan prestasi lebih baik sekali gus melakar mampu mengutip tiga mata buat kali pertama di laman sendiri.

Artikel Berkaitan:

"Walaupun dua perlawanan sebelum ini memberi kesan, saya harap pemain akan beraksi dengan lebih bagus. Sebab dengan cara itu sahaja kita mampu untuk melakar kemenangan pertama di laman sendiri pada musim ini," katanya