Warga emas rugi RM400 diragut penjenayah

Ahmad Dzaffir
Ahmad Dzaffir
A
A
A

KAJANG – Seorang warga emas kerugian RM400 setelah diragut penjenayah di Taman Berjaya Sungai Chua, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia 63 tahun telah diragut seorang penjenayah yang menaiki motosikal dari arah belakang.

“Suspek dipercayai telah menarik beg mangsa dari arah belakang dan melarikan dokumen peribadi serta wang tunai berjumlah RM400. Akibat kejadian itu, mangsa telah terjatuh dan luka di bahagian jari,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Sarjan Shairazi Afiq Shamsuddin di talian 016-3674748 atau balai polis terdekat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan atas kesalahan samun.

Artikel Berkaitan: