TFC II elak berputih mata lagi

Antara aksi menarik pertemuan TFC II menentang PDRM di Cheras sebelum ini. FOTO: PDRM Football Club
Antara aksi menarik pertemuan TFC II menentang PDRM di Cheras sebelum ini. FOTO: PDRM Football Club
A
A
A

PENGENDALI Terengganu FC ll (TFC II), Badrul Afzan Razali mengingatkan para pemain skuad The Turtles supaya mengambil iktibar daripada kesilapan mudah yang dilakukan sehingga mengakibatkan mereka tewas kepada PDRM FC Ahad lalu.

Dalam aksi Liga Premier di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras itu, TFC ll berputih mata dan pulang dengan tangan kosong selepas tumpas 1-2 di tangan skuad kendalian Wan Rohaimi Wan Ismail.

Justeru, Badrul Afzan menggesa anak buahnya supaya kembali bermain dengan baik dan mengembalikan momentum kemenangan ketika bertemu Kelantan United di laman sendiri malam Sabtu.

"Banyak kesilapan individu dan kecil yang tidak sepatutnya dilakukan pemain hingga menyebabkan kita tewas di tangan PDRM.

"Untuk pertembungan dengan Kelantan United nanti, saya mahu pemain fokus, kurangkan rasa terlalu yakin dan elakkan kesilapan kecil bagi mengelak kita terus dihukum dengan kekalahan," katanya ketika ditemui pada sesi latihan pada Khamis.

Sementara itu, Kapten TFC ll, Jordan Mintah berkata, beliau berjanji akan turun dengan corak permainan yang lebih tersusun dan meyakinkan bagi memastikan tiga mata penuh menjadi milik skuad The Turtles.

Beliau berkata, semua rakan sepasukannya sudah bersedia untuk menerima kunjungan Kelantan United yang ketika ini berada pada momentum terbaik saingan liga.

"Kami telah belajar daripada kesilapan minggu lepas dan pastinya kami tidak mahu kalah lagi.

Artikel Berkaitan:

"Kami mengakui bahawa Kelantan United bukanlah pasukan yang mudah tetapi kami akan cuba yang terbaik untuk memenangi perlawanan demi pasukan dan penyokong,” katanya. - Bernama