Dadah methamphetamine bernilai RM26.4j dirampas

Jen - 1
Jen - 1
A
A
A

KOTA BHARU - Polis merampas dadah bernilai RM26.4 juta dengan tertangkapnya seorang lelaki dalam operasi di Jalan Dusun Raja, Off Jalan Kebun Sultan, di sini, kelmarin.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, operasi dijalankan Bahagian Risikan dan Siasatan Khas KDNKA dengan kerjasama pasukan khas Bukit Aman.

Menurutnya, siasatan terhadap suspek berusia 56 tahun ini disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan dadah.

"Dalam operasi ini, polis telah merampas dadah jenis methamphetamine seberat 400 kilogram dianggar bernilai RM26,400,000.

"Dadah-dadah ini ditemui dalam 400 bungkusan dengan tulisan cina "guan yin wang" dan dipercayai untuk pasaran negara jiran," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

jen - 2
jen - 2

Beliau berkata, selain itu, sebuah van bernilai RM39,000 yang disyaki digunakan untuk kegiatan penyeludupan dadah, rokok serta beras turut disita.

Katanya, wang tunai berjumlah RM273, anak kunci, alat kawalan jauh dan dua buah telefon bimbit jenis Nokia juga dirampas.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan mendapati pihaknya percaya dadah ini mampu menampung kegunaan lebih 800,000 orang penagih dadah.

Tambahnya, suspek direman tujuh hari sehingga Khamis depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.