KPDNHEP mungkin tambah jenis barang Skim Harga Maksimum Musim Perayaan

KPDNHEP mungkin akan menambah jenis barangan dalam senarai Skim Harga Maksimum Musim Perayaan selain ayam dan telur menjelang Aidilfitri ini.
KPDNHEP mungkin akan menambah jenis barangan dalam senarai Skim Harga Maksimum Musim Perayaan selain ayam dan telur menjelang Aidilfitri ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak menolak kemungkinan untuk menambah jenis barangan baharu dalam senarai Skim Harga Maksimum Musim Perayaan menjelang Aidilfitri ini.

Selain itu, KPDNHEP juga berkemungkinan mengeluarkan jenis barangan daripada senarai harga kawalan tersebut.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan, skim kawalan harga ketika ini membabitkan harga ayam dan juga telur.

Menurutnya, barangan makanan lain yang akan ditambah termasuklah sebagaimana kelaziman sebelum ini iaitu sayur-sayuran, ikan, daging dan barangan yang mendapat permintaan tinggi ketika musim perayaan.

"Buat masa ini, kami belum dapat tentukan lagi (jenis barang baharu) sebab setiap barang, setiap harga yang ditetapkan, kita teliti dengan baik. Bukan suka-suka.

"Sebab itu saya tak sebut barangan itu sekarang kerana ia mungkin tak perlu pun (tersenarai harga maksimum). Harga sudah rendah, bekalan tak ada masalah, apa perlunya kita buat harga maksimum.

"Mengikut apa yang kita kaji nanti, baru boleh kita tetapkan," katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Majlis Sambutan Ulang Tahun Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Ke-20 di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Nanta menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana penternak, pemborong atau penjual ayam yang menaikkan harga sewenang-wenangnya.

Artikel Berkaitan:

"Sekiranya kita terima aduan tentang mereka, siasatan ada dilakukan dan jika didapati melanggari harga maksima yang ditetapkan, mereka akan dikenakan kompaun," jelasnya.