117 masjid, surau di Kuantan terima sumbangan RM34,959

Hamdan (tiga dari kanan) menyampaikan replika cek kepada wakil pengurusan Masjid di Kuantan pada program makmur Ramadan dan Bandaraya Kuantan, sumbangan masjid, surau serta ceramah perdana di Dewan MBK di sini pada Jumaat.
Hamdan (tiga dari kanan) menyampaikan replika cek kepada wakil pengurusan Masjid di Kuantan pada program makmur Ramadan dan Bandaraya Kuantan, sumbangan masjid, surau serta ceramah perdana di Dewan MBK di sini pada Jumaat.
A
A
A

KUANTAN - Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menyalurkan sumbangan bernilai RM34,959.10 kepada 117 masjid dan surau di sekitar daerah ini.

Datuk Bandar MBK, Datuk Hamdan Hussin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM19,950 akan disumbangkan kepada 57 masjid manakala 60 surau pula RM15,000.

"Jadi, setiap masjid akan menerima sejumlah wang RM350 daripada sumbangan RM19,950 dan sebanyak RM250 pula diberi kepada surau (RM15,000).

"Sumbangan ini diberikan bagi membantu pihak masjid dan surau untuk melaksanakan program sepanjang bulan Ramadan dan dapat mengeratkan lagi hubungan antara antara MBK, pengurusan masjid dan surau serta masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas berakhirnya majlis perasmian program makmur Ramadan dan Bandaraya Kuantan, sumbangan masjid, surau serta ceramah perdana di Dewan MBK di sini pada Jumaat.

Hamdan turut meminta pengurusan masjid dan surau memastikan keselamatan dan keselesaan kepada jemaah yang hadir ke institusi itu.

Jelasnya, ini kerana jemaah bukan sahaja dalam kalangan kariah, malah orang luar.

"Apabila faktor keselamatan dan keselesaan diutamakan, ia akan memberi pandangan positif daripada masyarakat," ujarnya.

Artikel Berkaitan: