Guterres ikrar lindungi masjid, rumah ibadat

Guterres (tengah) ketika berucap di Pusat Kebudayaan Islam di Manhattan, semalam.
Guterres (tengah) ketika berucap di Pusat Kebudayaan Islam di Manhattan, semalam.
A
A
A

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, semalam berjanji untuk melindungi rumah ibadat di seluruh dunia ketika beliau berkunjung ke Pusat Islam di New York seminggu selepas insiden serangan berdarah ke atas dua masjid di New Zealand yang menggemparkan negara antarabangsa.

"Masjid dan seluruh rumah ibadat sepatutnya menjadi tempat selamat dan bukan jadi sasaran keganasan. Mereka perlu rasa selamat untuk beribadah," tegasnya.

Guterres turut bertemu dengan jemaah di pusat kebudayaan Islam di Manhattan itu yang berkumpul menjelang solat Jumaat dan turut menzahirkan solidariti dengan komuniti Islam.

Menurutnya, beliau juga telah menugaskan diplomat Sepanyol, Miguel Moratinos bagi merangka rancangan tindakan untuk menyokong usaha melindungi tempat keagamaan.

Difahamkan, kumpulan diketuai beliau itu akan bertemu kerajaan, pemimpin agama dan pertubuhan untuk mencari langkah bagi mengelakkan tragedi di Christchurch yang meragut sekurang-kurangnya 50 nyawa daripada berulang. - Agensi

Artikel Berkaitan: