3.69 juta rakyat Johor bakal terima bantuan raya

Onn Hafiz (tengah) pada pengumuman khas di Pejabat Menteri Besar di Kota Iskandar pada Khamis.
Onn Hafiz (tengah) pada pengumuman khas di Pejabat Menteri Besar di Kota Iskandar pada Khamis.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan Johor menyediakan Bantuan Kasih Bangsa Johor (BKBJ) dengan peruntukan berjumlah RM144.36 juta yang bakal memberi manfaat kepada 3.69 juta rakyat di negeri ini menjelang Aidilfitri.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, BKBJ merupakan inisiatif kerajaan Johor bagi membantu rakyat selepas peralihan fasa endemik.

Menurutnya, BKBJ merangkumi 28 inisiatif merangkumi lima kategori utama, iaitu kemasyarakatan, kebajikan, orang muda Johor, pendidikan dan ekonomi.

"Menerusi kategori kemasyarakatan, sebanyak lapan inisiatif digariskan melibatkan dana berjumlah RM34.16 juta kepada pekerja GIG, pemandu bas awam, bas ekspres, imarah masjid dan surau, nelayan serta ketua kampung.

"Bantuan Beras Bangsa Johor dengan peruntukkan RM 23.67 juta turut diperkenalkan di mana setiap rumah di negeri ini akan menerima bantuan beras 10 kilogram (kg). Ia akan manfaat kepada 3.69 juta penduduk Johor dengan 903,000 ketua isi rumah," katanya.

Beliau berkata demikian pada pengumuman khas di Pejabat Menteri Besar pada Khamis.

Mengulas lanjut, Onn Hafiz berkata, bagi kategori kebajikan pula, sebanyak enam inisiatif dilaksanakan membabitkan dana berjumlah RM44.74 juta dan memberi manfaat kepada 103,790 orang.

"Pertama, bantuan khas Aidilfitri, sebanyak RM400 akan disumbangkan kepada fakir dan RM300 kepada golongan miskin. Sebanyak 85,800 golongan fakir miskin akan menerima manfaat daripada inisiatif ini dengan melibatkan dana RM14.2 juta.

Artikel Berkaitan:

"Setiap pusat jagaan warga emas dan anak yatim di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga bakal menerima bantuan geran RM10,000 dengan RM340,000 diperuntukkan.

"Bagi inisiatif Anak Johor Prihatin, bantuan akan diberikan kepada anak yang menjadi yatim kerana Covid-19 dan inisiatif ini akan memberi manfaat kepada 1,825 penerima (dengan peruntukan RM3 juta)," katanya.

Antara inisiatif lain:

1.Inisiatif i-Berkat. Bakal membantu 1,600 golongan B40, warga emas dan OKU dengan dana RM1 juta diperuntukkan. Di bawah skim ini, penerima boleh membeli barang keperluan seperti pesakit kronik dan terlantar.

2.Insentif mesra PPR – Pengecualian sewa rumah PPR bagi tahun 2022 kepada 11,511 penyewa membabitkan peruntukkan RM22.25 juta.

3.Insentif mesra Rumah Sewa Kerajaan (RSK)– Pengecualian sewa rumah kerajaan bagi tahun 2022 kepada 3,020 penyewa dengan melibatkan dana sebanyak RM 3.95 juta

4. Bantuan Raja Sehari. Bantuan RM1,000 akan diberikan kepada setiap pasangan pengantin yang pertama kali berkahwin dengan pendapatan bersama RM5,000 ke bawah. Inisiatif ini melibatkan peruntukan RM10 juta.

5.Bantuan geran kepada Southern Volunteers yang melibatkan dana sebanyak RM800,000.

6. Bantuan geran kepada Majlis Belia Negeri Johor sebanyak RM200,000

7.Bantuan geran kepada Dewan Muda Johor sebanyak RM200,000