Gelombang haba: Enam negeri tahap satu

Status gelombang haba di enam negeri yang meliputi 12 kawasan dilaporkan berada tahap satu.
A
A

SHAH ALAM - Enam negeri di Semenanjung dilaporkan berada pada tahap satu dengan suhu harian mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celcius.

Berdasarkan kemas kini Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) setakat jam 5 petang hari ini, enam negeri yang meliputi 12 kawasan adalah berada pada tahap satu iaitu berjaga-jaga

Kawasan disenaraikan ialah Chuping di Perlis; Kota Setar, Pendang, dan Sik(Kedah); Hulu Perak (Perak); Jerantut dan Maran, Pahang dan Tangkak, Johor.

Ini termasuklah, kawasan Gua Musang, Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai di Kelantan.

Gelombang haba tersebut dijangka berlarutan selama tiga hari berturut-turut.

Bagaimanapun, kawasan Kinta di Perak yang berada pada tahap satu kelmarin, mencatatkan penurunan suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah Celsius.