Sila log masuk terlebih dahulu.

'Bersedia secukupnya untuk aksi separuh akhir Liga Juara-Juara'

Pemain City meraikan kejayaan mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara. - foto UEFA.com
Pemain City meraikan kejayaan mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara. - foto UEFA.com
A
A
A

BIARPUN telah mengesahkan slot ke separuh akhir Liga Juara-Juara, namun pengendali Manchester City, Pep Guardiola tetap mengingatkan kesebelasan pemain untuk melakukan persediaan secukupnya bagi mengharungi cabaran lebih getir kali ini.

Menurut Guardiola, cabaran di separuh akhir kelak pasti jauh lebih mencabar dan memerlukan ketahanan mental dan fizikal pemain bagi mengharunginya.

“Pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara kali ini, kami mengakui berdepan kesukaran apabila ditentang hebat gergasi La Liga, Atletico Madrid.

“Bagaimanapun, kami kini telah mengesahkan slot ke separuh akhir dan rasanya kami memang berhak untuk berada di peringkat ini,” katanya.

Untuk rekod, skuad The Citizens itu terikat tanpa jaringan dengan gergasi La Liga pada aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara di Stadium Wanda Metropolitano.

Situasi itu menyaksikan City mengesahkan kemaraan ke separuh akhir setelah menang 1-0 pada aksi suku akhir pertama di Etihad, 6 April lalu.

Pada aksi separuh akhir pertama, City sekali lagi berdepan skuad gergasi La Liga, Real Madrid pada 27 April di Etihad sebelum bertandang ke Santiago Bernabeu pada 5 Mei bagi separuh akhir kedua.

Sementara itu Guardiola Guardiola resah apabila majoriti pemain sukad kendaliannya itu mengalami kecederaan menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), berdepan Liverpool pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Menurut Guardiola, situasi berkenaan berkemungkinan menyaksikannya melakukan rombakan besar-besaran bagi mengimbangi cabaran The Reds.

“Kami dalam kesukaran ketika ini kerana ramai pemain yang mengalami kecederaan gara-gara jadual yang agak padat.

“Itu pun, kami tidak tahu apa yang bakal berlaku dalam sehari dua ini dan berkemungkinan juga kami akna melakukan rombakan besar-besaran bagi mengimbangi asakan-asakan Liverpool,” katanya.