Isu RM1.4 juta: Hadi mungkin akan dipanggil

Azam (dua, kanan) merasmikan Gimik pelancaran PSA di LFS Cinema, di sini, hari ini.
Azam (dua, kanan) merasmikan Gimik pelancaran PSA di LFS Cinema, di sini, hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan akan memanggil Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung siasatan pembayaran wang berjumlah RM1.4 juta kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, bagaimanapun enggan memberi sebarang komen ketika ditanya bila Abdul Hadi akan dipanggil untuk tujuan itu.

Beliau berkata, sejak kes itu dilaporkan dan sehingga hari ini, lebih kurang 25 individu sudah dipanggil untuk memberikan keterangan berkaitan kes berkenaan.

“SPRM masih menjalankan siasatan dan kita tak pernah keluarkan kenyataan menyatakan siasatan kes itu sudah ditutup.

“Akan ada beberapa lagi individu akan dipanggil untuk melengkapkan siasatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Tayangan Perdana Video Pendek (PSA) Anti Rasuah bersama Lotus Five Star (LFS) Cinema, di sini, hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan bahawa, Rewcastle-Brown mengesahkan beliau menerima bayaran RM1.4 juta sebagai sebahagian daripada persetujuan untuk menyelesaikan saman Abdul Hadi di luar mahkamah pada Februari lalu.

Bagaimanapun, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menafikan membuat pembayaran berkenaan sama ada dari pihak parti mahu pun dirinya sendiri.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Azam berkata, mulai esok, PSA yang berdurasi 41 saat akan ditayangkan di 54 lokasi panggung milik LFS di seluruh negara.

"Video pendek yang menyampaikan mesej anti rasuah akan disiarkan sebelum ditayangkan filem wayang.

"Jadi selepas ini, setiap kali hendak menonton wayang, penonton akan disajikan dengan video pendek ini terlebih dahulu.

"Diharapkan dengan cari ini, sedikit sebanyak dapat menyedarkan orang ramai tentang bahayanya kesalahan rasuah ini," katanya.