Kelantan United lakar kemenangan kedua

Tiga pemain pertahanan FAM-MSN cuba mengekang pergerakan pemain Kelantan United. - Foto Facebook FAM
Tiga pemain pertahanan FAM-MSN cuba mengekang pergerakan pemain Kelantan United. - Foto Facebook FAM
A
A
A

KELANTAN United melakar kemenangan kedua apabila menewaskan Projek FAM-MSN 2-1 pada saingan Liga Premier di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam tadi.

Kedua-dua pasukan bermula baik sejak wisel permulaan apabila saling mengasak ke pintu gol lawan masing-masing bagi membuka jaringan.

Bagaimanapun, Projek FAM-MSN lebih dahulu menjaringkan gol menerusi Farris Izdiham Awang Kechik pada minit ke-24.

Ketinggalan 0-1 bagaimanapun tidak melemahkan semangat Kijang Hijau untuk bangkit mengatur asakan ke pintu gol Projek FAM-MSN bagi menyamakan kedudukan.

Hasilnya pemain import, Njoku Jacob tenang menyempurnakan sepakan penalti pada minit-45 untuk ketdua-dua pasukan terikat 1-1 menuju bilik persalinan.

Kedua-dua semakin menggandakan pada babak kedua bagi menambah jaringan, namun hanya pada minit ke-80, Njoku Jacob berjaya memecah kebuntuan apabila menjaringkan gol kedua buat Kelatan United.

Gol itu ternyata menyemarakkan semangat para pemain Kelantan United untuk terus mengasak bagi menambah jaringan, namun tiada sebarang jaringan tambahan berjaya dihasilkan hingga ke wisel penamat.

Kemenangan itu menyaksikan Kelantan United meraih enam mata dan melonjak ke tangga keenam Liga Premier manakala Projek FAM-MSN terus berada pada kedudukan ke sembilan tanpa sebarang mata.

Artikel Berkaitan: