Harga RON97, RON95 dan diesel kekal

Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel bagi tempoh Khamis hingga 21 April ini masing-masing kekal pada paras RM3.81, RM2.05 serta RM2.15 bagi setiap liter.
Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel bagi tempoh Khamis hingga 21 April ini masing-masing kekal pada paras RM3.81, RM2.05 serta RM2.15 bagi setiap liter.
A
A
A

SHAH ALAM - Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel bagi tempoh Khamis hingga 21 April ini masing-masing kekal pada paras RM3.81, RM2.05 serta RM2.15 bagi setiap liter.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, penetapan harga tersebut dilakukan bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

“Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, sepertimana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

MOF memaklumkan harga baharu itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Artikel Berkaitan: