Keputusan besar dalam PKR dibuat secara musyawarah

Saifuddin Nasution Ismail
Saifuddin Nasution Ismail
A
A
A

SHAH ALAM - Sebarang keputusan besar dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) harus dibuat melalui musyawarah, iaitu penyatuan suara daripada setiap pemimpin.

Calon Timbalan Presiden dalam Pemilihan PKR 2022, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, pemimpin perlu bertanggungjawab dan memainkan peranan masing-masing dalam semangat kerja berpasukan.

“Dalam menentukan sesuatu keputusan besar dalam PKR, penyatuan suara dirangkul melalui musyawarah dan diputuskan secara bersama apabila setiap pimpinan memainkan peranan masing-masing dalam semangat kerja berpasukan.

“Sebagai pemimpin, perlu ada sikap untuk bertanggungjawab terhadap keputusan yang dicapai dan saling mendukung kepada kebertanggungjawaban keputusan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Rabu.

Kenyataan itu dipercayai bagi merujuk kepada kenyataan Rafizi Ramli yang juga pencabarnya bagi jawatan Timbalan Presiden, meminta Saifuddin dan calon-calon jawatan tertinggi lain menjelaskan pendirian mereka mengenai hala tuju parti serta sumbangan gerak kerja untuk menang pada pilihan raya akan datang.

Jelas Rafizi, beliau dan rakan seperjuangan yang sependapat tidak percaya kepada sebarang strategi yang dirunding di bilik tertutup dalam kalangan bangsawan-bangsawan politik.

Rafizi turut berpendirian untuk menolak sebarang usaha untuk mencari jalan singkat, sama ada melalui kerjasama politik, rundingan atau jajaran baru dengan mana-mana pihak yang boleh melunturkan idealisme PKR.

Artikel Berkaitan: