Nursamawati guna lidah tekan telefon

Nursamawati menggunakan lidah untuk melakukan iklan produk sos dan kicap ibunya.
Nursamawati menggunakan lidah untuk melakukan iklan produk sos dan kicap ibunya.
A
A
A

PENDANG - Hidup sebagai OKU tidak menghalang Nursamawati Mahmud, 34, untuk bersosial dan mengetahui perkembangan dunia luar menggunakan pelbagai aplikasi dan laman sosial di telefon pintar.

Lebih mengagumkan, wanita yang disahkan mengalami kecacatan fizikal akibat masalah saraf sejak berusia setahun itu mampu menjalankan iklan untuk produk sos dan kicap hasil air tangan ibunya.

Katanya, pada mulanya, rutin harian hanya dihabiskan dengan berada di atas tilam di rumahnya di kampung Gelong Gajah Mukim Tobiar.

Nursamawati turut mengikuti program tertentu bagi membolehkannya mempromosikan produk secara 'offline'.
Nursamawati turut mengikuti program tertentu bagi membolehkannya mempromosikan produk secara 'offline'.

"Saya tak boleh duduk secara normal, jadi terpaksa meniarap kalau nak gunakan telefon," katanya.

Nursamawati berkata, dia juga hanya menggunakan lidah untuk menekan papan kekunci di telefon pintarnya.

Mengimbau kenangan lalu, katanya, pada tahun 2011 dia membuka akaun Facebook untuk menghilangkan rasa bosan di samping menambah kenalan.

"Tak sangka jumlah kenalan saya makin bertambah setiap hari dan sekarang dah cecah 5,000 orang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Nursamawati berkata, dia dinasihatkan oleh seorang rakan untuk membantu ibu menjalankan iklan mempromosikan sos dan kicap menggunakan telefon pintar.

Nursamawati berjaya pasarkan sos cili dan kicap buatan ibunya.
Nursamawati berjaya pasarkan sos cili dan kicap buatan ibunya.

Ibunya, Saudah Saari, 56, mula mengusahakan produk berkenaan sejak tahun 2002 secara kecil-kecilan.

"Dulu emak saya buat sos dan kicap dalam periuk kecil sahaja untuk jual di kawasan daerah Pendang.

"Tetapi Alhamdulillah selepas saya buat iklan di media sosial, permintaan kepada sos dan kicap hasil tangan emak makin meningkat," katanya.

Nursamawati berkata, jika dahulu agak sukar untuk menjual meskipun cuma 100 botol tetapi sekarang jualan meningkat sehingga ada pelanggan yang menempah 1,000 botol.

Saudah menunjukkan periuk yang digunakan untuk memasak cili.
Saudah menunjukkan periuk yang digunakan untuk memasak cili.

"Alhamdulillah pada tahun 2009 emak dapat bantuan mesin daripada jabatan pertanian.

"Bermula dari situ kami dah boleh keluarkan sos dan kicap dalam kuantiti yang banyak bagi memenuhi permintaan pelanggan," katanya.

Nursamawati berkata, beliau nekad untuk memastikan produk keluaran ibunya memasuki pasaran seluruh negeri pada suatu hari nanti.

"Saudah berkata, dia agak terkejut dengan keputusan anak sulungnya itu yang mahu membantu dirinya.

"Mulanya saya meniaga hanya letak di pasar raya dan kedai runcit sekitar Pendang, tetapi sekarang produk sos dan kicap saya sudah keluar dari daerah Pendang malah hingga ke Kuala Lumpur," katanya.

No Image Caption

Menurut Saudah, anaknya itu tidak pernah bersekolah dan hanya pandai membaca dan menaip melalui pertolongan adik-adiknya.

"Dia dah macam kawan saya sebab semua adik lelaki, jadi dialah tempat saya mengadu dan meluah perasaan," katanya.

Tambah Saudah, dia juga sangat berharap semangat dan ketabahan yang dimiliki anak sulungnya itu berkekalan.