Remaja maut motosikal dirempuh

Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh dari arah belakang oleh sebuah motosikal dalam kejadian di Kampung Pasir Ara, Bukit Marak Kota Bharu pada Selasa. - Foto PDRM
Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh dari arah belakang oleh sebuah motosikal dalam kejadian di Kampung Pasir Ara, Bukit Marak Kota Bharu pada Selasa. - Foto PDRM
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh dari arah belakang oleh sebuah motosikal dalam kejadian di Kampung Pasir Ara, Bukit Marak di sini pada Selasa.

Dalam kejadian jam 10.40 malam itu mangsa, Muhamad Aidil Asyraf Mohd Rafrizul Aaran, 16, maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh berkata, siasatan mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave dari arah Gong Dermin menghala ke Bukit Marak.

"Setiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa telah dilanggar oleh sebuah lagi motosikal jenis Yamaha Y15ZR," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Menurutnya, perlanggaran itu mengakibatkan mangsa telah terjatuh dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Beliau berkata, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

Shuhaimi berkata, seorang lagi penunggang motosikal yang berusia 19 tahun itu mengalami kecederaan ringan di bahagian bahu kanan dan tangan kanan telah dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk rawatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katannya.

Artikel Berkaitan: