Ukraine: Lebih 720 orang awam maut di Kiev

Lebih 720 orang awam terkorban dalam operasi ketenteraan Rusia di wilayah Kiev, Ukraine. Foto Agensi Anadolu
Lebih 720 orang awam terkorban dalam operasi ketenteraan Rusia di wilayah Kiev, Ukraine. Foto Agensi Anadolu
A
A
A

KIEV (Ukraine) - Lebih 720 orang awam terkorban dalam operasi ketenteraan Rusia di wilayah Kiev, Ukraine, menurut Agensi Anadolu.

"Jumlah mayat yang ditemukan sudah melebihi 720 manakala 200 orang lagi dilaporkan hilang,” lapor agensi berita Ukraine Ukrinform memetik kenyataan ketua polis Kiev, Andrii Niebytov.

Susulan itu, lebih 3,000 prosiding jenayah telah dibuka di wilayah Kiev sejak Moscow melancarkan operasi ketenteraan pada 24 Februari, kata Niebytov.

Sekurang-kurangnya 1,892 orang awam terbunuh dan 2,558 cedera di Ukraine, menurut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Angka sebenar dikhuatiri lebih tinggi.

Lebih 4.6 juta rakyat Ukraine telah melarikan diri ke negara jiran, dengan berjuta-juta lagi hilang tempat tinggal, menurut agensi pelarian PBB. - Bernama

Artikel Berkaitan: