Pekeliling pemberian, penerimaan hadiah perkhidmatan awam dipinda

Mohd Shafiq ketika temu bual bersama pemberita semasa sesi Media Bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di JPA, pada Selasa. Foto Bernama
Mohd Shafiq ketika temu bual bersama pemberita semasa sesi Media Bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di JPA, pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Pekeliling perkhidmatan berkaitan garis panduan pemberian dan penerimaan hadiah dalam perkhidmatan awam dipinda dengan semakan dilakukan terhadap definisi nilai penerimaan hadiah.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah berkata, pindaan itu dibuat bagi memperkukuh mekanisme pemantauan atau penerimaan hadiah.

Beliau berkata, draf pindaan tersebut telah dihantar dan kini menunggu kelulusan Jabatan Peguam Negara.

"Usaha sedemikian sentiasa dilaksanakan dalam perkhidmatan awam, jadi masyarakat harus memberi komitmen dan menjadi tanggungjawab bersama memerangi rasuah," katanya dalam perjumpaan bersama media di sini, pada Selasa.

Mengenai penjawat awam yang belum menerima vaksin Covid-19, Mohd Shafiq yang dilantik sebagai KPPA pada 10 Februari lepas berkata, setakat 8 April, sebanyak 585 orang boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana tidak mengambil vaksin tanpa alasan munasabah. - Bernama

Artikel Berkaitan: