Bapa isi minyak, anak terperangkap dalam kereta

Operasi mengeluarkan mangsa yang dijalankan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim.
Operasi mengeluarkan mangsa yang dijalankan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Seorang kanak-kanak lelaki terperangkap hampir 15 minit dalam sebuah kenderaan terkunci yang ditinggalkan bapanya di sebuah stesen minyak di sini pada Rabu.

Panggilan kecemasan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim pada jam 8.44 pagi melibatkan mangsa berusia setahun tujuh bulan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, kanak-kanak itu didapati terperangkap dalam kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger ketika bapanya mengisi minyak di stesen terbabit.

"Operasi mengeluarkan mangsa segera dijalankan dengan anggota bomba menggunakan peralatan khas sehingga pintu kereta berjaya dibuka.

"Mangsa berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat dan diserahkan kepada bapanya," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Operasi tamat pada jam 9.11 pagi.

Artikel Berkaitan: