Covid-19: 9,002 kes baharu, kembali meningkat lepas turun tiga hari

Kes baharu Covid-19 kembali meningkat apabila merekodkan 9,002 kes pada Selasa. - Gambar hiasan
Kes baharu Covid-19 kembali meningkat apabila merekodkan 9,002 kes pada Selasa. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Selepas merekodkan trend menurun selama tiga hari berturut-turut sejak Sabtu lalu, kes baharu Covid-19 kembali meningkat apabila merekodkan 9,002 kes pada Selasa berbanding hanya 7,739 pada Isnin.

Kes baharu bagaimanapun terus kekal empat digit untuk hari ketiga berturut-turut sejak Ahad lalu.

Pertambahan kes baharu pada Selasa menjadikan jumlah menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini sebanyak 4,342,559.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes baharu pada Selasa melibatkan 8,950 kes tempatan dan 52 kes import.

“Bagi pecahan daripada jumlah tersebut, sebanyak 4,759 kes atau 52.87 peratus daripada pesakit Covid-19 kategori satu, sementara 4,176 kes atau 46.39 peratus pesakit kategori dua.

“Bagi kategori tiga terdapat 26 (0.29 peratus), kategori empat dengan 20 kes (0.22 peratus) dan bagi kategori lima adalah 21 kes (0.23 peratus),” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kes sembuh merekodkan 16,986 kes yang menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 4,180,763 dengan 96.3 peratus.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan jumlah keseluruhan 67 kes bagi pesakit kategori tiga hingga lima, sembilan kes dilaporkan tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan pelalian berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Sementara 22 kes pula sudah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi tidak menerima dos penggalak, manakala 36 kes telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 40 kes melibatkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas manakala 41 kes lagi mempunyai komorbid dan tiada kes melibatkan ibu mengandung,” jelasnya.

Bagaimanapun, beliau berkata, tiga kluster baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif sebanyak 117.