Teori KJ berpenampilan ala Rajinikanth gagal - Lokman

Lokman Noor Adam
Lokman Noor Adam
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam menempelak Naib Ketua Pemuda Umno Selangor, Amin Mohd Shukor yang mengecam tindakannya terhadap beberapa pelajar Universiti Malaya (UM) semalam.

Menurutnya, serangan atau kecaman seharusnya disasarkan kepada kepimpinan PH bukannya sesama ahli parti.

"Ada seorang ketua pemuda bahagian ni, bila KJ (Khairy Jamaluddin) suruh kecam saya kerana perangai saya kononnya macam samseng, laju saja dia menulis untuk menambat hati bakal perdana menteri yang kini semakin kacak ala Rajinikanth.

"Rakyat hari ini menuntut pemimpin yang memperjuangkan nasib mereka dengan meletakkan kepimpinan PH sebagai sasaran, bukan sesama ahli parti," katanya dalam status yang dimuat naik di Facebook, hari ini.

Semalam, Program santai bekas perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di hadapan UM kecoh apabila berlaku pergelutan antara penyokong Najin dengan beberapa pelajar UM.

Menerusi video klip berdurasi 2.21 minit yang tersebar, Lokman turut dilihat berada ditempat kejadian di mana beliau dilihat mengoyakkan salah satu plakad yang dibawa pelajar berkenaan.

Sementara itu, Lokman berkata, nasib yang menimpa rakyat pada hari ini perlu dibela dengan pendekatan yang berbeza berbanding apa yang dilakukan ke dua-dua pemimpin UMNO tersebut.

"Zaman Islam dan Melayu diinjak-injak oleh DAP, teori penampilan cool, berperwatakan macam bintang filem Hindustan, berstokin pink dan handsome sampai masuk majalah Maskulin, sudah terbukti gagal menarik minat orang muda.

Artikel Berkaitan:

"Rakyat ditindas dengan kos sara hidup yang semakin menekan, pelbagai subsidi ditarik, kebebasan bersuara yang semakin tertutup, Islam dan hak istimewa Melayu yang semakin diperkotak-katikkan serta janji yang gagal ditunaikan, ini semua menuntut pendekatan yang berbeza dari apa yang ada dalam kepala kalian berdua," katanya.

Pada masa sama, beliau turut meminta supaya ke dua-dua pemimpin tersebut merujuk ruangan komen di mana video pergelutan yang dimuat naik di Instagram miliknya untuk melihat sendiri luahan rakyat.

"Bagi memudahkan kalian berdua memahami denyut nadi rakyat dibawah, cuba baca ruang komen Instagram saya di mana saya muatnaik video provokasi budak DAP semalam sebelum kalian dibuai mimpi dengan pendekatan-pendekatan filem star Hindustan.

"Bacalah wahai KJ, jangan botakkan kepala dulu macam Rajanikanth bila gaya jambang serabai gagal menarik minat orang muda," katanya.