Sila log masuk terlebih dahulu.

Biden tuduh Rusia lakukan pembunuhan beramai-ramai di Ukraine

Joe Biden - Foto AFP
Joe Biden - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Selasa buat pertama kalinya menuduh tentera Rusia melakukan pembunuhan beramai-ramai di Ukraine.

"Ya, saya memanggilnya pembunuhan beramai-ramai," kata Biden kepada pemberita beberapa jam selepas menggunakan istilah itu semasa berucap di Iowa.

"Kami akan membiarkan peguam memutuskan di peringkat antarabangsa sama ada ia layak atau tidak tetapi nampaknya begitu (istilah tersebut) kepada saya," kata Biden seperti dilaporkan AFP.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky yang berkali-kali menuduh Moscow cuba melakukan pembunuhan beramai-ramai dengan pantas menciap di Twitter bagi mengulas kenyataan Biden: "Kata-kata benar seorang pemimpin sejati."

Biden sebelum ini menyifatkan Presiden Rusia, Vladimir Putin sebagai penjenayah perang kerana penemuan ratusan orang awam yang dilaporkan terbunuh di Bucha.

Namun, Putin menolak dakwaan bahawa Rusia membunuh ratusan orang awam di Bucha. - Agensi

Artikel Berkaitan: