Covid-19: 30 kematian baharu, enam BID direkodkan pada Selasa

KKM melaporkan 30 kematian baharu akibat Covid-19 termasuk enam daripadanya membabitkan kematian di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID) setakat tengah malam Selasa. - Gambar hiasan
KKM melaporkan 30 kematian baharu akibat Covid-19 termasuk enam daripadanya membabitkan kematian di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID) setakat tengah malam Selasa. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 30 kematian baharu akibat Covid-19 termasuk enam daripadanya membabitkan kematian di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID) setakat tengah malam Selasa

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian berpunca daripada pandemik itu kini seramai 35,341 orang.

Menurut data KKM di portal CovidNow, daripada jumlah itu keseluruhan kematian BID yang dicatatkan berjumlah 7,462 orang.

Sementara itu, kes jangkitan baharu yang direkodkan adalah berjumlah 9,002 kes.

Daripada jumlah itu juga, 123,341 individu atau 97.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah dan seramai 288 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sejumlah 2,675 atau 2.1 peratus lagi dirawat di hospital dengan 151 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU melibatkan 54 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 97 pesakit pula memerlukan mesin ventilator.

Artikel Berkaitan: