Jumlah calon bertanding Naib Presiden PKR paling 'meriah': Aminuddin

Aminuddin
Aminuddin
A
A
A

TAMPIN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan perebutan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kali ini paling 'meriah' dengan jumlah calon seramai 18 orang setakat ini.

Katanya, pertandingan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden pula disifatkan sebagai paling 'panas'.

"Saya tidak ada masalah untuk bertanding dengan sesiapa pun malah cukup bersyukur apabila ramai yang mencalonkan diri mereka untuk bertanding.

"Ini menunjukkan bahawa tiada halangan dalam parti yang meraikan demokrasi.

Kita tak halang siapa-siapa untuk bertanding, tak (jawatan) Menteri Besar pun boleh bertanding.

Kita rasa ada jawatan kita boleh menang? Tidak.. itu terpulang kepada sokongan daripada penyokong-penyokong," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai Majlis Pecah Tanah Menaik Taraf Loji Rawatan Air Gemas Baru di sini pada petang Selasa.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Aminuddin akan bertanding merebut jawatan Naib Presiden dalam pemilihan PKR kali ini dan perkara itu disahkan Setiausaha PKR Negeri Sembilan, Muhammad Nazri Kassim kepada kepada Sinar Harian pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Pencalonan beliau disokong oleh Muhammad Nazri dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Halim Bachik.

Mengulas lanjut, Aminuddin mengakui menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut namun menyerahkan kepada ahli untuk memilih.

"Sokong atau tidak sokong terpulang kepada ahli. Seperti yang saya maklum sebelum ini bahawa inilah demokrasi. Apabila ada demokrasi, kalau kita raikan nampak meriah.

"Pertandingan ini adalah pertandingan keluarga.. saya harap kita dapat hormati pencalonan, pertandingan dam pemilihan itu. Kalah menang itu adat," katanya.