Kita perlu berdepan krisis: Xavier

A
A
A
SUNGAI PETANI - "Ada yang bertanya kenapa tidak batal, tetapi saya jawab tidak," demikian reaksi Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar apabila ada yang bertanyakan mengapa sambutan Hari Air Sedunia peringkat kebangsaan dianjurkan di kawasan berdepan krisis air.

"Ada yang cadang supaya dibatalkan, tapi kita tidak boleh lari dari hadapi kenyataan. Kita perlu berdepan dengan krisis.

"Jangan lari dari masalah, kita perlu selesaikannya," katanya dalam ucapan sempena Sambutan Hari Air Sedunia peringkat kebangsaan 2019 di Pantai Merdeka Kota Kuala Muda, Kedah, hari ini.

Menurutnya, lokasi perasmian merupakan kawasan di mana hampir 30,000 penduduk Kedah menghadapi krisis kekurangan air membabitkan kira-kira 5,000 akaun.

Terlebih dahulu, Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Xavier melakukan lawatan ke loji di Tupah, Merbok untuk memastikan sumber air yang digali sesuai digunakan bagi menangani krisis sebelum hadir ke majlis berkenaan.
Artikel Berkaitan: