9 kereta ranap dihempap pokok tumbang di Hospital Lama Sungai Petani

Pokok tumbang yang menghempap kereta di tempat letak kereta Hospital Lama Sungai Petani pada Selasa dikatakan telah uzur dan berusia lebih 50 tahun.
Pokok tumbang yang menghempap kereta di tempat letak kereta Hospital Lama Sungai Petani pada Selasa dikatakan telah uzur dan berusia lebih 50 tahun.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Sebanyak sembilan buah kereta yang diletakkan di tempat letak kereta Hospital Lama Sungai Petani rosak dan ranap selepas dihempap sebatang pokok berusia lebih 50 tahun yang tumbang secara tiba-tiba.

Salah seorang mangsa, Mohd Khairol Haswadi Hasbullah, 34, berkata, kereta jenis Nissan Serena miliknya merupakan salah satu kenderaan yang dihempap pokok tumbang berkenaan.

Menurutnya, kereta berkenaan diletakkan di kawasan parkir berkenaaan oleh isterinya yang bekerja sebagai jururawat di hospital tersebut.

"Semasa isteri sedang bekerja, tiba-tiba pokok ini tumbang menyebabkan kebanyakan kenderaan milik doktor dan jururawat yang diletakkan di sini rosak dan ranap dihempap

"Tiada angin kencang, tiada ribut, tiba-tiba sahaja pokok uzur ini tumbang menyembah bumi. Pokok ini sudah lama, mungkin batangnya sudah reput," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini pada Selasa.

Keadaan salah sebuah kereta yang ranap sepenuhnya setelah dihempap pokok tumbang di tempat letak kereta Hospital Lama Sungai Petani pada Selasa.
Keadaan salah sebuah kereta yang ranap sepenuhnya setelah dihempap pokok tumbang di tempat letak kereta Hospital Lama Sungai Petani pada Selasa.

Menurutnya, bunyi yang kuat ketika pokok itu tumbang menyebabkan orang ramai dan kakitangan hospital meluru keluar bagi menyaksikan apa sebenarnya yang berlaku.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, keadaan cuaca ketika kejadian adalah baik dengan cuaca panas serta tidak berangin.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat,"katanya.

Sebanyak sembilan buah kereta rosak akibat dihempap pokok tumbang di tempat letak kereta Hospital Lama Sungai Petani pada Selasa.
Sebanyak sembilan buah kereta rosak akibat dihempap pokok tumbang di tempat letak kereta Hospital Lama Sungai Petani pada Selasa.

Menurutnya, APM telah melakukan pemantauan dan operasi pemotongan pokok dilakukan sehingga selesai.

Kerja-kerja pembersihan turut dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah, Pasukan Bomba Sukarela serta badan bukan kerajaan (NGO).