53,000 kupon parkir gores ditukar kepada e-kupon di Shah Alam

Zamani Ahmad
Zamani Ahmad
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 53,000 kupon parkir gores bernilai RM35,000 ditukarkan kepada kupon digital sejak pelaksanaan aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) di daerah ini setakat Selasa.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor bagaimanapun berkata, masih ada penduduk di sini yang masih menggunakan kupon parkir gores tersebut untuk membayar parkir.

Menurutnya, tiada sebarang aduan dibuat berkenaan penggunaan kupon digital tersebut, namun isu berbangkit hanya berkaitan penukaran kupon fizikal berkenaan kepada e-kupon.

"Aplikasi SSP dilancarkan pada tahun 2018, yang mana penduduk Shah Alam didedahkan dengan platform ini bagi menggantikan penggunaan kupon fizikal.

"Setakat ini, tiada aduan yang diterima dan ia diterima baik dalam kalangan orang awam yang menggunakan petak parkir di kawasan pentadbiran Shah Alam, hanya pertanyaan untuk tukar kupon gores kepada e-kupon," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Pada Disember lalu, Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) dalam kenyataan memaklumkan semua pembayaran akan dibuat menggunakan e-kupon menerusi aplikasi SSP yang lebih mudah, cepat dan selamat.

Ujarnya, pengguna hanya perlu mengisi nombor pendaftaran kereta dan membayar berdasar tempoh meletak kenderaan.

Artikel Berkaitan: