Myra Alam bukan sekadar kediaman

Myra Alam dibangunkan di kawasan tanah seluas 14.2 hektar.
Myra Alam dibangunkan di kawasan tanah seluas 14.2 hektar.
A
A
A

KEDIAMAN bukanlah sekadar sebuah bangunan konkrit untuk seseorang berteduh dan menjalani rutin seharian, tapi ia lebih dari itu termasuklah sebagai tempat seseorang mengasingkan diri daripada kesibukan dunia luar.

Bayangkan ia sebagai sebuah dunia berbeza yang memberi ruang privasi untuk setiap individu dengan setiap rumah mempunyai komunitinya tersendiri. Oleh itu, adalah sangat penting untuk setiap komuniti mengenal pasti kawasan perbandaran yang benar-benar bersifat mesra penghuni.

Memahami takrifan kediaman bukan sekadar rumah, OIB Group komited membangunkan projek pembangunan perumahan terbaharunya, Myra Alam.

Myra Alam merupakan produk ketiga daripada Myra selepas Myra Saujana dan Myra Meranti yang mana masing-masing terletak di Putrajaya dan Puchong.

Projek pembangunan ini memberi peluang kepada golongan muda khususnya yang sedang mencari rumah berkualiti dan mampu milik serta berdekatan dengan bandaraya.

Sementara kebanyakan rumah di pasaran dijual pada harga yang tidak mampu milik, Myra Alam menawarkan harga lebih berbaloi dengan menyasarkan golongan profesional muda berpendapatan sederhana.

Myra Alam sediakan pakar

Pengalaman membeli rumah pertama pastinya suatu hal yang menakutkan, namun dengan bimbingan pakar Myra Alam, seseorang dapat menyedari betapa mudahnya urusan membeli rumah.

Bertempat di Puncak Alam, bersebelahan bandar Damansara, Sungai Buloh dan Shah Alam, Myra Alam menawarkan bakal penghuninya suasana ketenangan dengan kehijauan pemandangan dan keindahan ekosistem di sekeliling kawasan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran Myra Alam, Wendy Lim berkata, selama bertahun-tahun, Puncak Alam telah menyaksikan perkembangan yang pesat dan baharu, yakni berubah daripada persekitaran berasaskan pertanian kepada kawasan perbandaran moden dilengkapi sistem jalan raya, infrastruktur dan kemudahan yang maju.

Justeru katanya, Puncak Alam kini dilihat berpotensi besar untuk menjadi sebuah bandar yang padat bakal didiami keluarga muda.

"Menyedari tuntutan umum masa kini, Myra Alam direka khas bagi memenuhi jurang dalam pasaran hartanah dengan menawarkan rumah untuk kebaikan orang ramai khususnya bagi generasi muda," katanya.

Jelasnya, fasa pertama sebanyak 106 rumah teres sudah dibuka untuk tempahan seawal Jun lalu dan 50 peratus berjaya ditempah dengan menerima sebanyak 2,000 pendaftaran setakat ini.

"Kami positif dengan sambutan diperoleh dan yakin aset ini bakal habis dijual menjelang 2018," katanya sambil memberitahu Myra Alam dibangunkan di kawasan tanah seluas 14.2 hektar dengan jangkaan nilai pembangunan kasar RM300 juta.

Wendy berkata, projek ini ialah sebuah pembangunan yang dirancang dengan teliti terdiri daripada 223 unit rumah teres, 364 unit kondominium dan 394 unit rumah pangsapuri, Rumah Selangorku.

"Keseluruhan projek pembangunan dijangka selesai menjelang 2023. Fasa 1 Myra Alam terdiri daripada rumah teres dua tingkat Jenis A dan Jenis B dengan saiz tanah ‘20 x 70', dibina berukuran 1,865 kaki persegi dengan nilai harga seunit bermula serendah RM475,000.

"Ia dijangka siap pada 2021. Jenis A menawarkan 50 unit rumah dilengkapi empat bilik tidur dan tiga bilik mandi dengan halaman belakang rumah bertaman sebagai ciri eksklusif.

"Jenis B pula terdiri daripada 56 unit rumah yang menekankan lebih banyak unsur ruang dan privasi. Ia diposisikan lebih sesuai untuk prospek keluarga yang lebih besar dengan dilengkapi empat bilik tidur dan empat bilik mandi," katanya.

Justeru, bangga dengan tawaran rumah yang bersifat praktikal ini, Myra Alam berjanji mengutamakan ruang mampu milik tersebut khusus buat para keluarga hidup dan membesar.

Kediaman lebih besar pada harga berpatutan

Wendy berkata, kebanyakan pembeli hanya menumpukan nilai harga rumah semata-mata yang mana projek pembangunan perumahan kelihatan berskala besar pada tawaran harga lebih murah bagi setiap unit rumah.

Namun katanya, pembeli sering terlepas pandang untuk melihat dari sudut saiz kediaman yang mana ia mungkin tidak mampu menampung keluarga yang semakin berkembang.

"Tetapi Myra Alam menawarkan pembeli kediaman lebih besar pada harga berpatutan. Malah, berada berhampiran Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Koridor Guthri, Lebuhraya Latar dan Lebuhraya Pantai Barat yang dijangka bakal siap tidak lama lagi.

"Bukan itu sahaja, dengan projek lebuhraya DASH yang bakal siap, penghuni hanya perlu mengambil masa kira-kira 20 minit untuk ke pusat bandar Kuala Lumpur.

"Selain lokasi, harga dan saiz yang hebat, Myra Alam menawar tema persekitaran berasaskan kehijauan. Kawasan landskap turut dilengkapi pelbagai kemudahan termasuklah gazebo ikonik yang disediakan untuk keluarga duduk di samping menikmati udara segar sementara anak-anak berseronok

di Myra's Playland. Kedua-duanya direka khas demi menggabungkan nikmat keseronokan dan alam semula jadi," katanya.

Gabungkan persekitaran hijau

Mengulas mengenai konsep perbandaran, Wendy berkata, pihaknya telah memikirkan bagaimana untuk menyuntikkan rasa alam semula jadi dan menggabungkan persekitaran hijau sebanyak mungkin ke dalam projek ini.

"Rumah teres biasanya tidak mempunyai banyak ruang untuk manfaat kawasan hijau, maka balkoni direka suai khas untuk pemeliharaan tumbuhan hijau.

"Sementara keselamatan adalah ciri keperluan asas pada masa ini. Oleh sebab itu, Myra Alam dibangunkan dengan ciri-ciri keselamatan sebagai keutamaan. Kami ingin memastikan pemilik rumah menikmati masa bersama keluarga tanpa gangguan. Ia adalah inisiatif kami sendiri sebagai pemaju. Justeru, ketiga-tiga fasa pembangunan ini dilengkapi pengawasan 24 jam oleh pengawal rondaan," katanya.

Memberitahu lanjut, Fasa 2 merupakan kawasan pembangunan ditambah baik dari segi saiz binaan dan keluasan tanah dengan menjadikan ia sebagai kawasan perumahan terbesar Myra Alam.

"Akhir sekali Fasa 3, ialah tawaran rumah paling premium dengan unit rumah menghadap ruang hijau, landskap dan taman. Harga dan butiran lanjut mengenai kedua-dua fasa akan diumumkan dalam masa beberapa bulan akan datang.

"Sementara itu, kewujudan sekolah-sekolah di kawasan sekitar kediaman pasti menggembirakan pasangan yang mempunyai anak. Antara sekolah yang adalah termasuklah Sekolah Agama Menengah Rakyat dan Sekolah Kebangsaan Puncak Alam.

"Kedua-dua sekolah ini terletak kira-kira 10km dari kawasan kediaman. Malah, aktiviti rutin seharian lebih mudah dengan kewujudan kedai runcit dan pusat membeli-belah yang berdekatan seperti Tesco Puncak Alam, NSK Meru dan Econsave Alam Jaya.

"Lain-lain kemudahan boleh didapati termasuklah institusi pendidikan seperti UiTM Puncak Alam dan Hospital Sungai Buloh. Banyak lagi kemudahan lain diyakini bakal berkembang dalam masa akan datang," katanya sekali gus memberitahu Myra Alam adalah pembangunan kediaman ideal bagi memenuhi keperluan dan kehendak semasa masyarakat Malaysia.Menyedari tuntutan umum masa kini, Myra Alam direka khas bagi memenuhi jurang dalam pasaran hartanah dengan menawarkan rumah yang untuk kebaikan orang ramai khususnya bagi generasi muda."