Isu kelewatan pengeluaran SKB telah diatasi: KLN

Kenyataan akhbar KLN pada Selasa.
Kenyataan akhbar KLN pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Luar Negeri (KLN) telah berjaya mengatasi isu kelewatan yang berlaku terhadap pengeluaran sijil kelakuan baik (SKB).

KLN dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, sistem e-Konsular yang digunakan bagi menerima dan memproses permohonan SKB telah kembali pulih seperti biasa dan pemohon akan mendapatkan sijil tersebut dalam tempoh masa ditetapkan.

Kementerian itu turut memaklumkan bahawa isu yang menyebabkan kelewatan pengeluaran SKB bukan berpunca daripada masalah teknikal terhadap server sistem e-Konsular seperti dilaporkan media tetapi sebaliknya daripada perkakasan sistem data Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Tindakan segera telah diambil dan langkah penyelesaian telah pun dipersetujui oleh KLN dan PDRM dalam menangani kelewatan ini. Langkah yang diambil ini adalah amat penting bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang diperlukan oleh orang awam tidak terjejas.

"Oleh yang demikian, proses permohonan SKB kini kembali beroperasi seperti biasa dan tempoh menunggu untuk kelulusan adalah tidak melebihi satu satu hingga dua bulan, seperti yang dinyatakan pada sistem e-Konsular dan laman web kementerian,” menurut kenyataan itu.

KLN turut menasihatkan semua pemohon supaya memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan di sistem e-Konsular agar SKB yang dimohon dapat dikeluarkan dengan sewajarnya.

Artikel Berkaitan: