Sila log masuk terlebih dahulu.

[VIDEO] Tiga banduan larikan diri berjaya ditahan, empat lagi diburu

Shazuan berjaya ditahan di Titi,Jelebu awal pagi Selasa.
Shazuan berjaya ditahan di Titi,Jelebu awal pagi Selasa.
A
A
A

JELEBU - Polis giat memburu empat lagi banduan tahanan reman yang melarikan diri dari Penjara Jelebu, Ahad lepas selepas seorang lagi banduan berjaya ditahan pada awal pagi Selasa di Titi di sini.

Ketua Polis daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin berkata, banduan lelaki berkenaan, Shazuan Md Sharif, 32, ditahan kira-kira jam 4 pagi di Sungai Muntoh, Titi oleh pihak Penjara Jelebu.

"Banduan itu kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Bahau untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan dibenarkan tahanan reman selama empat hari bermula Rabu.

"Justeru, dengan tangkapan ini menjadikan tiga orang banduan yang berjaya ditahan setakat ini," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Maslan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar menyalurkannya di balai polis berhampiran atau huhungi IPD Jelebu di talian 06-6136222 atau pegawai penyiasat Inspektor Zuria Anis Mahassan 016-6096996.

Media pada Ahad melaporkan, tujuh banduan yang menjalani tahanan reman di Penjara Jelebu di sini, melarikan diri.

Tujuh banduan itu, Sohaimi Khalid, 50, Mazlan Samah, 39, Mohamad Aminuddin Khan Mohd Yusof, 28, Shazuan Md Sharif, 32, Mohd Zairizan Zainal, 42, Muhammad Syafiq Rohmat, 32, dan seorang warga asing, Zainuddin, 62 tahun.

Bagaimanapun sehingga Selasa tiga daripadanya sudah berjaya ditangkap iaitu, Sohaimi Khalid, 50, Shazuan Md Sharif, 32 dan Mohd Zairizan Zainal, 42 di tiga lokasi berbeza.

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline Kes tujuh banduan larikan diri. Empat lagi masih diburu! #fyp #TrendingNewsMalaysia #BuletinTikTok #PenjaraJelebu original sound - Sinar Harian