MPV terbabas bawa enam guni mercun bola

Sebuah kenderaan pelbagai guna yang membawa enam guni berisi mercun bola ditemukan terbabas di dalam parit berdekatan Taman Prima dekat Lubok Jong, Pasir Mas, petang Isnin. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Nasaruddin)
Sebuah kenderaan pelbagai guna yang membawa enam guni berisi mercun bola ditemukan terbabas di dalam parit berdekatan Taman Prima dekat Lubok Jong, Pasir Mas, petang Isnin. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Nasaruddin)
A
A
A

KOTA BHARU - Sebuah kenderaan pelbagai guna yang membawa enam guni berisi mercun bola ditemukan terbabas di dalam parit berdekatan Taman Prima dekat Lubok Jong, Pasir Mas, petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, kejadian dimaklumkan orang awam yang melaporkan sebuah Toyota Wish telah terbabas dalam keadaan terbalik ke dalam parit air pada jam 3.15 petang.

Beliau berkata, dua anggota dari unit kereta peronda polis (MPV) telah pergi ke lokasi kejadian dan mendapati pemandu kenderaan terbabit sudah tiada.

"Pemeriksaan lanjut di dalam kereta terbabit menemukan enam guni plastik bercorak jalur-jalur berada di tempat duduk penumpang belakang yang berisi sejumlah mercun bola.

"Anggota yang membuat semakan ke atas nombor pendaftaran kenderaan tersebut mendapati, tiada rekod kesalahan dan ia telah didaftarkan atas nama seorang individu yang beralamat di Kluang, Johor,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, anggotanya telah menunggu selama sejam di lokasi tersebut sekiranya terdapat mana-mana individu yang menuntut barangan terbabit.

Mohd Nasaruddin berkata, jumlah keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan sebanyak RM45,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. - Bernama

Artikel Berkaitan: