RM262,000 untuk 92 surau di kampung Orang Asli

Muip meraikan keluarga Muslim di Kampung Orang Asli (KOA) Batu Balong Majlis Iftar dan Imarah Ramadan pada Isnin.
Muip meraikan keluarga Muslim di Kampung Orang Asli (KOA) Batu Balong Majlis Iftar dan Imarah Ramadan pada Isnin.
A
A
A

KUANTAN - Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) mengagihkan bantuan Ihya Ramadan sebanyak RM262,000 kepada 92 surau di perkampungan Orang Asli di Pahang.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) Muip, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM2,000 diberikan kepada 79 surau.

Menurutnya, baki 13 surau yang mendapat kebenaran menunaikan solat Jumaat menerima peruntukan sebanyak RM6,000.

"Bantuan Ihya Ramadan diberikan bagi kegunaan mengadakan aktiviti sepanjang Ramadan seperti majlis berbuka puasa dan moreh," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Beliau berharap program berbuka puasa dan moreh di masjid dan surau dapat menarik minat lebih ramai lagi Orang Asli Islam untuk datang beribadah.

Selain itu, Asmadi berkata, seramai 20 keluarga Muslim di Kampung Orang Asli (KOA) Batu Balong, Raub diraikan pada Majlis Iftar dan Imarah Ramadan di surau kampung itu pada Isnin dan tazkirah tersebut disampaikan Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Mohd Fadli Mat Saman,

Artikel Berkaitan: