Jaa Suzuran tiba-tiba emosi

Jaa Suzuran
A
A

GARA-gara rezeki dipertikai, penyampai radio ERA, Jaa Suzuran tampil memuat naik status di akaun media sosialnya.

Menurut Jaa yang sudah hampir lima tahun berkecimpung di dalam industri hiburan tanah air, berkata, sepanjang tempoh itu dia belajar merendah diri dan bersyukur dengan apa yang ada.

"Respek semua orang. Bersyukur dengan apa yang ada dan jangan sekali-kali pertikaikan rezeki orang.

"Paling penting ikhlas kena ada dalam hati. Tiba tiba emosi pula bila ada orang yang selalu pertikaikan rezeki saya," katanya di Instagram.

Hasil tinjaun Sinar Harian di ruang komen, rata-rata peminat Jaa memberitahu, sentiasa positif dan jangan ambil peduli dengan kata-kata orang sekeliling.

Sehingga kini Jaa yang dicungkil bakatnya menerusi platform penyiaran radio tersebut mempunyai pengikut sebanyak 1.1 juta orang di IG.

Manakala di Facebook Jaa memiliki hampir setengah juta dan 99 ribu pengikut di Twitter.