Sebuah pusat pemindahan mangsa banjir dibuka di Johor

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu memindahkan mangsa banjir ke PPS di SRJKC Ai Chun. - Foto APM
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu memindahkan mangsa banjir ke PPS di SRJKC Ai Chun. - Foto APM
A
A
A

SEGAMAT - Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini berikutan banjir kilat yang berlaku pada Isnin.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah memaklumkan PPS di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Ai Chun dibuka pada jam 9.30 malam.

Mangsa banjir ditempatkan di PPS di SRJKC Ai Chun.- Foto APM
Mangsa banjir ditempatkan di PPS di SRJKC Ai Chun.- Foto APM

Setakat jam 8 pagi Selasa, seramai 142 orang daripada 36 keluarga ditempatkan di PPS berkenaan selepas Kampung Lembah Bakti dinaiki air.

"Hujan lebat melebihi dua jam pada Isnin menyebabkan Kampung Lembah Bakti, Labis dilanda banjir kilar yang menjejaskan lebih kurang 33 buah rumah," katanya.

Artikel Berkaitan: