Cef Ammar teruskan masak dari hati, masak dengan iman

Ammar (kiri) membantu petugasnya membungkus juadah yang dijual di gerainya di Bazarena Stadium Shah Alam, Seksyen 13, di sini pada Sabtu.
Ammar (kiri) membantu petugasnya membungkus juadah yang dijual di gerainya di Bazarena Stadium Shah Alam, Seksyen 13, di sini pada Sabtu.
A
A
A

ORANG Malaysia memang cukup sensitif dan amat marah jika dia dituduh berperangai seperti seorang Yahudi atau dikaitkan dengan rejim Zionis Israel.

Ini kerana kebencian yang amat menebal terhadap kekejaman yang dilakukan oleh Israel terhadap orang-orang Palestin.

Penolakan terhadap negara Israel itu juga dizahirkan dalam pasport Malaysia yang tidak membenarkan sebarang lawatan atau sebarang hubungan dengan negara tersebut.

Malah kedatangan ahli-ahli sukan dari negara berkenaan untuk bertanding di Malaysia juga mendapat tentangan yang amat hebat oleh rakyat.

Merak Jalanan pernah teringat salah sebuah syarikat perkapalan Israel iaitu ZIM yang sering masuk ke pelabuhan di negara ini juga pernah mendapat perhatian banyak pihak.

Jadi pokok pangkalnya apa sahaja kaitan dengan negara itu memang menyemarakkan rasa amarah rakyat Malaysia.

Malah kalau ada peniaga yang menjual pada harga mahal, pengguna di negara ini akan melabelkannya sebagai harga Yahudi.

Dan akhirnya perkataan itu ‘sampai’ kepada Cef Ammar Ali yang popular dengan hidangan signaturnya iaitu nasi Arab Lamb Shank.

Artikel Berkaitan:

Beliau dikecam netizen dan mengatakan makanan itu dijual pada ‘harga Tel Aviv’. Tel Aviv ialah ibu negara Israel.

Ironinya, Cef Ammar ialah orang Palestin yang telah lama bermastautin di negara ini dan mengahwini rakyat tempatan serta sudah mempunyai anak dan cucu.

Sebagai orang Palestin yang pernah merasai kekejaman Israel, sudah tentulah beliau berasa amat-amat tersinggung dengan kata-kata tersebut.

Jadi Merak Jalanan berharap agar Cef Ammar tidak ambil hati dengan kata-kata segelintir individu yang tidak tahu asal-usul keturunan beliau.

Cef Ammar teruskan masak dari hati, masak dengan iman.