Bersatu, MN perlu gabung jika mahu jatuhkan PH di Selangor

Turut kelihatan Ahmad Fadhli dan Wan Ahmad Fayhsal di Majlis Iftar Perpaduan Dewan Pemuda Pas Malaysia di Mardhiyyah Hotel and Suites, Seksyen 14, Shah Alam pada Isnin.
Turut kelihatan Ahmad Fadhli dan Wan Ahmad Fayhsal di Majlis Iftar Perpaduan Dewan Pemuda Pas Malaysia di Mardhiyyah Hotel and Suites, Seksyen 14, Shah Alam pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Muafakat Nasional (MN) perlu bergabung jika ingin menjatuhkan pemerintahan Pakatan Harapan (PH) di Selangor menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, hubungan antara Pas dan UMNO dalam MN di negeri tersebut masih kukuh dan erat setakat ini.

Menurutnya, Pas masih meneruskan usaha gagasan penyatuan ummah untuk bersama dengan MN dan Perikatan Nasional (PN).

"Secara keseluruhannya penerimaan di peringkat akar umbi ini, mereka masih komited untuk memperkukuhkan MN tapi kembali kepada UMNO untuk membuat keputusan akhir terutamanya bila menjelang PRU.

"Perkata ini kita dapat lihat semasa Pilhan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor yang mana segala keputusan akan berbalik kepada UMNO untuk menentukan tindakan dan lain-lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Iftar Perpaduan Dewan Pemuda Pas Malaysia di Mardhiyyah Hotel and Suites, Seksyen 14 di sini pada Isnin.

Majlis iftar yang merupakan acara tahunan tersebut dianjurkan Dewan Pemuda Pas Selangor dengan kerjasama Dewan Pemuda Pas Malaysia bersama bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam untuk merapatkan jurang dan perbezaan dalam agama serta bangsa.

Artikel Berkaitan:

Mohamed Sukri
Mohamed Sukri

Mohamed Sukri berkata, hampir 20 NGO, persatuan dan individu berpengaruh dijemput ke majlis berkenaan yang turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti kuiz dan sesi dialog.

"Ini satu bentuk asas untuk menunjukkan Pas boleh bersama dengan mana-mana kaum dan memahami keragaman kaum yang ada pada hari ini.

"Sepanjang kita melaksanakan program sebegini, kita menerima respon-respon positif daripada mereka," katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pemuda Pas Malaysia, Ahmad Fadhli Shaari dan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.