Pemuda maut terjatuh dari jejantas

Seorang pemuda ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari jejantas di persimpangan MITC berhadapan Bank Islam, Kota Fesyen di Ayer Keroh di sini, pagi tadi. Gambar kecil: Lee Ming Hong
Seorang pemuda ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari jejantas di persimpangan MITC berhadapan Bank Islam, Kota Fesyen di Ayer Keroh di sini, pagi tadi. Gambar kecil: Lee Ming Hong
A
A
A

MELAKA - Seorang pemuda ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari jejantas di persimpangan MITC berhadapan Bank Islam, Kota Fesyen di Ayer Keroh di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu, mangsa, Lee Ming Hong, 21 dari Taman Kenanga, Melaka disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat dari orang awam mengenai kejadian tersebut kira-kira jam 6.50 pagi.

"Hasil siasatan awal, mangsa dipercayai terjun dari jejantas terbabit yang ketinggiannya kira-kira 40 kaki (12 meter) dan mengalami kecederaan parah pada bahagian leher selain patah tangan kanan.

"Turut ditemui di sisi si mati adalah telefon bimbit dan kunci kereta manakala selipar dipercayai milik mangsa turut ditemui di dalam kereta jenis Toyota Corolla Altis yang ditinggalkan di atas jejantas," katanya ketika dihubungi hari ini.

Afzanizar berkata, orang awam yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan pihak polis.

Mayat mangsa kemudiannya di hantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Artikel Berkaitan: