Aminuddin tanding Naib Presiden PKR

Aminuddin
Aminuddin
A
A
A
SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun akan bertanding merebut jawatan Naib Presiden dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kali ini.

Perkara itu disahkan Setiausaha PKR Negeri Sembilan, Muhammad Nazri Kassim kepada kepada Sinar Harian pada Isnin.

"Pencalonan beliau disokong oleh saya dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Halim Bachik," katanya ringkas.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Aminuddin yang merupakan Pengerusi MPN PKR Negeri Sembilan mengumumkan akan merebut jawatan Ketua Cabang PKR Port Dickson sekali gus menyaksikan beliau mencabar Timbalan Pengerusi PKR negeri, Datuk M Ravi.

Ravi yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung dan Timbalan Speaker telah menyandang jawatan itu sejak tahun 1999.

Antara pemimpin PKR yang telah mengumumkan untuk merebut lima jawatan Naib Presiden parti itu ialah Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid; bekas Ahli Parlimen Kapar, Manivannan Gowin dan Ketua PKR Cawangan Kota Raja, Dr Gunaraj George.

Selain itu Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari; Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Artikel Berkaitan: